Monday, October 19, 2009

Perbezaan DVD Original & Cetak Rompak

Baru-baru ini Les' Copaque Production telahpun mengadakan sidang media tergempar berkaitan dengan DVD Cetak Rompak filem Geng :Pengembaraan Bermula yang telah berleluasa dijual. DVD yang mula dipasarkan sebelum curi Aidilfitri itu, telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan pada minggu-minggu awal sehingga telah membuat cetakan kedua untuk memenuhi permintaan pasaran. Namun begitu, setelah beberapa hari saja DVD tersebut berada dipasaran lintah darat cetak rompak ini telah mengambil peluang mengaut keuntungan jalan mudah dengan memasarkan DVD cetak rompak ini.

Ianya dijual dipasar malam termasuklah di kaki-kaki lima dengan kualiti gambar serta imej yang amat menyedihkan. Tidak cukup di situ, nampaknya filem ini juga tersebar secara haram melalui format digital di dalam internet yang menawarkan download secara percuma. Perkhidmatan download secara haram di laman web seperti torrent.jiwang.cc dan beberapa laman web lain telahpun dilaporkan kepada Cyber Security Malaysia untuk diambil tindakan.

Kemuncak permasalahn cetak rompak filem ini ialah setelah mendapat beberapa aduan mengenai cetak rompak yang seakan-akan cetakan asli. Cetak rompak yang mengamai cetakan asli yang juga dikenali sebagai counterfiet rupanya telah dijualan secara berleluasa termasuklah secara sah oleh pengedar dvd tempatan. DVD ini secara kasar sememangnya amat sukar dikenal pasti kerana kualiti cetak cover yang 80% seakan-akan yang asli. Ianya juga dijual dengan harga yang mahal yang bukan sahaja bertujuan mengaburi pembeli, malahan untuk mengaut untuk atas angin yang lebih besar. Harganya diturunkan sedikit iaitu di dalam lingkungan RM29.90 dan memberi alasan kehabisan poster. Les' Copaque Production mengambil langkah tegas dalam menangani isu cetak rompak ini kerana ianya akan mematikan industri perfileman negara.


Di bawah merupakan cara untuk mengenalpasti DVD cetak rompak dan asli:

1. Pelekat No Siri (Silver) KPDNKKWalaupun DVD Cetak Rompak counterfeit ini masih mempunyai pelekat no siri yang dikeluarkan oleh KPNDKK, tetapi sebenarnya pelekat yang digunakan sebenarnya tidak sah. Filem Geng menggunakan no siri yang bermula dengan huruf K, manakala counterfeit ini menggunakan no siri bermula dengan huruf H. Mengikut kajian, no siri ini sebenarnya merupakan pendaftaran untuk filem Hindi yang sepatutnya digunakan pada tahun 2005 dulu.


2. Sijil B (Cert B)

Pastikan pada DVD belakang ini mempunyai Cert B yang dikeluarkan oleh Finas. Sijil ini penting kerana pada sijil tersebut ada menulis tajuk filem dan butir-butir yang lain. Cetak rompak setakat ini tidak mampu menghasilkan sijil ini secara haram.

3. Perbezaan lain

Sebenarnya masih terdapat perbezaan lain yang boleh diambil kira. Perbezaan dari segi kualiti cetak pada cover yang agak kabur serta jenis disk yang berlainan juga dapat membezakan kedua-dua jenis cetakan ini. Namun oleh kerana agak sukar pembeli untuk membezakan dengan mata kasar, jadi cukuplah sekadar mengenalpasti dengan 2 perbezaan yang telah dinyatakan di atas.

Terima kasih kepada peminat yang telah mendapatkan cetakan asli DVD Geng Pengembaraan Bermula kerana tanpa sokongan anda pasti sambutan terhadap filem ini tidak seperti sekarang. Kami juga menyarankan kepada semua peminat agar lebih berhati-hati ketika cuba mendapatkan barangan asli keluaran kami.

2 comments:

  1. some people just don't know how to appreciate art and have no respect for it.. sigh

    ReplyDelete