Tuesday, October 6, 2009

Majlis Aidilfitri Bersama Kelab Upin & Ipin

Salam Aidilfitri,

Pada 11 Oktober 2009 ini Les' Copaque Production menjemput semua ahli Kelab Upin & Ipin untuk bersama-sama meraikan Majlis Aidilfitri yang akan dilangsungkan di perkarangan studio Les' Copaque Production. Majlis Aidilfitri tahun ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik beserta peluang untuk memenangi hadiah melalui peraduan yang dijalankan. Rebutlah peluang ini untuk beramah mesra bersama pelakon suara Upin & Ipin serta maskot Upin & Ipin dengan baju melayu baru mereka.
Daftar sekarang juga dengan membuat tempahan kepada Cik Nurul Huda (012 - 388 0571) atau emel kepada nurulhuda@lescopaque.com kerana tempat adalah terhad. Setiap tempahan dikenakan bayaran minimum iaitu sebanyak RM20 (dewasa sahaja) beserta goodies bag percuma. Tempahan RSVP ditutup pada 8 Oktober 2009. Terima kasih kerana menyokong kami dan jumpa semua peminat di sana.

No comments:

Post a Comment